entri kali ni, mungkin tak sesuai dibaca oleh segelintir individu.. hah? kenapa le?
sebab entri2 yg dihasilkan oleh aku dijamin berdasarkan kisah benar dan sememangnya nyata. *mungkin nama watak2 dalam entri ini telah diubahsuai. harap maklum. hehe*
kenangan zaman persekolahan setiap orang semestinya berbeza dan mempunyai keunikannya tersendiri. bercerita tentang kenangan waktu aku masih sekolah dulu, nak kata teruk tak jugak, nak kata best tak jugak. haha! sederhana jer kot. teruk ke, best ke, yg pasti, pengalaman itu mematangkan aku. hihi.. tapi kalau nak bercerita tentang bab keunikan tu, aku pendekkan jer cerita sampai ke........
hari tu boleh dikatakan hari yg paling nostalgic bagi aku(tahun 2009). hari terakhir kat sekolah la katakan.. hari terakhir sebelum cuti akhir tahun bermula. Woohoo! syok nyer aku masa tu.. rasa sayu ada gak. sebab selepas hari tu, aku tak boleh ronda2 pusing sekolah sambil cuci mata tengok perempuan cantik2, dah tak boleh lagi main kejar2 dengan kawan yg senakal saya, cikgu2 pun dah tak boleh lagi marah2 kat saya, rindu nak ponteng sekolah.. haha! macam2 lagi la perkara yg nak dirindukan pasal persekolahan ni.
macam biasa la, hari terakhir memang best. dah la takde belajar kat kelas. cuma ada aktiviti membersihkan kelas, tu pun tak lama je. kira2 dalam kol 10 lebih camtu, kitorang dah boleh balik rumah.. tapi hari tu, aku dengan kawan perempuan aku sengaja stay kat kelas lama sikit. *bukan girlfriend* lepas kitorang habis sembang2, kitorang jalan la sama2, nak balik~ pelajar2 yg lain memang ada gak masih lepak2 sekitar dalam dan luar sekolah.. aku dan kawan perempuan aku tu pun jalan la sama2 sampai luar pagar sekolah. tengah2 aku nak kontrol cool, aku ambik sekotak rokok jenama zhong nan hai dari poket seluar sekolah. *waktu tu aku bawak rokok. hehe* kitorang jalan2 sehingga la limpas sekumpulan pelajar.
"eh, ada gak pelajar2 dari sekolah lain lepak kat sini," benak hatiku. tengah2 aku nak merokok, "heh, ko leo ka?" tiba2 salah seorang budak pelajar dari sekolah lain tu menyoal. pendek2 orang nya. terpaksa aku menunduk untuk melihat mukanya. "Win, ko balik seorang diri dulu la," kataku kepada kawan perempuanku. tanganku masih memegang lighter masa tu. aku heran la, kalau nak tanya soalan, kenapa perlu bawak helmet sekali ek.. "ye la, aku leo. pahal?" jawab ku dengan selamba. *hajat nak merokok masih tak kesampaian* beberapa saat pastu, aku perasan 3 orang budak lagi meluru ke arah ku dari belakang. "damn....masalah lg.." kata hatiku. tanya satu soalan jer pastu terus nak pukul?? wtf? saatku melihat budak pendek tersebut menarik tangan nya ke belakang, aku pun terus membuang rokok dari mulutku lalu menepis tangannya yg memegang helmet half.
hahaha! *kalau aku pikir balik, memang lucu masa tu* Dush!! kepalaku dipukul dari belakang oleh 3 orang lelaki yg lain. belum lg dgn flying-kicknya. belum lg dgn hentaman manja diorang. aku pun menoleh ke belakang, dimana kepala dipukul. oh! Bob! ku kenal benar dengan wajah serta kulit yg hitam tu. "$#!%$# benar ko Bob!" ku pun terus menarik kolar baju Bob lalu menghadiahkan buku2 lima ku ke arah muka Bob yg hitam tu dengan manja juga. aku tidak peduli 3 orang yg lain memukul kepalaku dengan helmet half masa tu. *tak terasa pun, SERIOUSLY* aku pun jatuh ke atas jalan bersama Bob, namun tetap ku teruskan tumbukan manja ke arah pipinya. diorang yg lain masih memukul kepalaku dengan mesra sambil aku dan Bob berguling-guling di atas jalan. best jugak tengok muka Bob kene tumbuk mase tu. haha! masa aku nak bangkit balik tu, aku tak sedar salah sorang dari mereka nak terajang aku dari belakang.*konon2 nye lah tu*
check2, kedebush! budak yg agak tinggi tu jatuh ke dalam parit kat tepi kitorang belasah membelasahi sesama sendiri. hahaha! ajaibnyer~ dia jatuh ke dalam parit tu sebab kaki dia tertolak balik masa aku tengah nak bangkit balik tu. pelajar2 perempuan yg menyaksikan peristiwa tu pun ketawa terbahak-bahak. ingin juga aku nak join ketawa, tapi masa tu aku terpaksa membatalkan niat tu. haha! lepas salah sorang dari member diorang tu jatuh ke dalam parit, yg lain2 pun chow dari situ. lari dalam perasaan malu yg teramat.
tahun seterusnya, dalam bulan March, aku pergi ke stadium dengan kawan2. cun2 pulak bertemu dengan Bob dan budak yg pendek tersebut. diorang tengah dating dengan perempuan masa tu. wahhh, masa nak bagi balik apa yg diorang buat kat aku dulu.. aku pun bawak helmet half, *tiru camner diorang tanya aku dulu* aku bawak geng, *lagi banyak dari geng diorang*. baru jer tanya,"naper korang pukul aku dulu?" diorang pun lari cepat2 meninggalkan seorang awek, iaitu awek kepada budak pendek tersebut. hahaha! kesian aku tengok awek tu. balak dia meninggalkan dia tanpa berfikir panjang lagi. Bob chow dengan scooter Comel kebanggaannya, budak pendek tu pulak chow dengan modenas kriss.
haa, padan muka, 2 kali dah jatuh abis air muka diorang. tu la, sapa suruh nak berlagak cam samseng. nasib baik diorang awal2 dah dapat pengajaran. kalau masa ada geng tu, memang la kuat. kalau sorang2, apa nak jadi kalau orang nak balas dendam? sebab tu la orang dewasa yg matang, diorang dah tinggalkan gejala2 samseng. sebab diorang sayangkan keluarga diorang. kalau carik pasal dengan orang,, apa nak jadi kalau keluarga jadi mangsa dendam? walaupun kita dapat lari, tetap jugak bawak dosa keliling pinggang sebab dah menyusahkan ahli keluarga diri sendiri. so, renung2 kan la k?